Minuman bergas: Ini 5 sebab kenapa ibu bapa tak boleh bagi anak langsung minum

Minuman bergas: Ini 5 sebab kenapa ibu bapa tak boleh bagi anak langsung minum

Selain dari gula-gula dan jajan, kanak-kanak semestinya menggemari minuman berkarbonat atau air bergas yang manis dan mempunyai pelbagai perisa, kan?

Walaupun sudah sering kali diingatkan tentang amalan meminum air bergas tersebut yang sebenarnya tidak sihat untuk kanak-kanak, ramai ibu bapa didapati masih lagi bersikap acuh tak acuh mengenainya.

Disampaikan melalui hantaran di Facebooknya, berikut merupakan satu lagi nasihat dari Dr Mazliana Mazlan mengenai amalan tidak sihat ini yang disertakan sekali dengan 5 sebab kenapa sebenarnya ibu bapa tidak digalakkan langsung untuk memberi anak mereka minum air bergas.

Minuman Bergas

Anak-anak tak boleh minum air gula bergas macam ni tau.

Bukan minuman untuk anak-anak.

Tak ada yang baik pun, walau ia berlabel ‘pilihan lebih sihat’.

Yang banyak, hanyalah gula. Walau ditulis zero kalori tanpa gula, dan diganti dengan pemanis tiruan, tetap ianya bukan untuk kita jadikan sebagai minuman anak-anak k.

Gula ni, ketagih dia lebih teruk dari ambil dadah kokain. Anak nanti tak suka dengan rasa tawar dan kurang manis, bila lidah diorang dah terlalu biasa sangat dengan makan minum manis.

Anak mudah nak reject nasi, tak nak makan buah, tak pandang langsung sayur. Sebab deria rasa diorang hanya suka yang manis-manis je.

Sebab tu kita kena elakkan ajar anak makan yang manis-manis sangat, terutama di awal usia anak kenal makanan. Biar anak hanya kenal manis dari buah, sayur dan makanan segar.

5 sebab kena elakkan anak-anak dari air bergas tinggi gula, tinggi pemanis, tinggi pewarna dan perasa tiruan.

  1. Tambah berat badan anak, tinggi risiko obesiti.
  2. Anak tak dapat nak appreciate rasa manis asli dari makanan manis semulajadi contohnya buah-buahan.
  3. Asid fosforik dari air bergas hakiskan kalsium dari tulang, yang akan buatkan tulang anak tak kuat dan mudah patah.
  4. Aspartame, pemanis tiruan yang banyak digunakan, beri kesan neurotoxin dan boleh rosakkan otak anak-anak.
  5. Pewarna tiruan, contohnya pewarna karamel, sebagai salah satu bahan yang bersifat karsinogen, membawa kepada risiko kanser.

Sama-sama kita cuba ya. Moga anak tak pandang langsung air macam ni.

Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.