Mudah giler! Pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM

Mudah giler! Pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM

Tahukah anda Maybank telah memperkenalkan ciri terbaru yang sangat mudah hanya guna kod QR pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM, ia sangat mudah dan cepat.

Terkini, Maybank hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai ATM Cash-Out membolehkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad ATM, sebaliknya hanya mengimbas kod QR.

Untuk makluman, sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan duit tanpa kad ATM, tetapi menggunakan pengesahan berasaskan kod SMS. Tetapi, dengan ciri ATM Cash Out ini, ia dilihat lebih mesra pengguna.

Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu aktifkan ciri ATM Cash Out pada aplikasi MAE. Pengaktifan ini akan mengambil masa sekitar 24 jam sebelum dapat digunakan.

Sangat mudah, guna kod QR pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM

Selepas diaktifkan, anda boleh ke mana-mana mesin ATM yang menyokongnya, dan seterusnya mengimbas kod QR pada skrin ATM berkenaan. Seterusnya, anda boleh lakukan pengesahan dan mengeluarkan duit terus daripada ATM.

Untuk ATM Cash Out ini, ia memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1000, dan untuk lebih daripada itu, ia perlu disertakan bersama pengesahan Secure2U.

Penggunaan ciri ini juga tidak akan mengeluarkan resit melalui mesin ATM, sebaliknya ditawarkan secara digital pada aplikasi MAE.

Pada era pasca Covid-19 ini, ciri ini membolehkan anda mengeluarkan duit tanpa sentuh ATM – dan hanya untuk mengambil duit sahaja. Ciri ini terhad untuk pengguna MAE sahaja, dan tidak disokong pada aplikasi Maybank2U.