Mungkin Azeez Rahim pula akan ke penjara, 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram akan dibicara

Mungkin Azeez Rahim pula akan ke penjara, 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram akan dibicara

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Azeez Rahim bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Tabung Haji itu dilepas dan dibebaskan daripada baki empat tuduhan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu secara sebulat suara.

Abu Bakar berkata, alasan pembelaan bahawa semua tuduhan itu adalah cacat, tidak sah, tidak berasas dan berniat jahat adalah tidak benar.

Katanya, alasan menolak rayuan bagi membatalkan tuduhan terbabit adalah seiring keputusan Mahkamah Tinggi yang membuat perkara sama pada 12 Mac tahun lalu.

Kali ini Azeez tidak boleh ‘lari’ lagi, beliau perlu ke mahkamah untuk dibicara skandal kesnya bermula 7 september ini.