Mungkin ramai tak tahu, ini jasa Anwar kepada pendidikan melayu

Mungkin ramai tak tahu, ini jasa Anwar kepada pendidikan melayu

Parti politik memperjuangkan Melayu seperti Umno dan Pas sering menuduh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liberal dan lebih mengutamakan bangsa bukan Melayu.

Kononnya hanya Umno dan Pas sahaja yang mampu membela orang Melayu dan agama Islam.

Namun tanpa disedari generasi muda Melayu, Anwar juga merupakan tokoh pengasas pendidikan Melayu yang progresif. Rakyat Malaysia hanya tahu Anwar mengasaskan institusi pendidikan Yayasan Anda di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Namun mereka tidak mengetahui rangkaian kolej dan sekolah yang dibuka oleh sahabat-sahabat Anwar dari Yayasan Anda.

Menurut aktivis reformis dan youtuber berpengaruh Mustafa Mansor Amer Mohd Isa, idealisme dan perjuangan Anwar sebenarnya menyebar ke seluruh negara melalui penubuhan beberapa pusat pendidikan swasta sejak 1970an.

“Saya bersekolah di sekolah Anwar Ibrahim, di Institut Sofar, Ipoh. Ini kawan-kawan Institut Yayasan Anda. Siapa yang membina? Dibina oleh Anwar Ibrahim dan teman-teman. Cikgu Dol, cikgu Azhar, Annuar Tahir, Kamaruddin Jaafar

“Mula-mula (berkembang di luar Kuala Lumpur) Institut Ridwan di Ipoh, selepas itu Sofar. Kemudian di Bukit Mertajam (Pulau Pinang) Sekolah agama al-Masriah; di Sungai Petani (Kedah) Institut Salman; di Kuala Terengganu Institut Barakan dan juga di Pahang, Institut Fajar.

“Semua ini adalah sekolah-sekolah yang dibina asasnya oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu pada 1998 saya tulis buku. Saya katakan gelombang 98, hardcorenya adalah anak murid Anwar Ibrahim. Dari situ mereka membenteng kebangkitan rakyat,” katanya dalam sembang santai di Facebook bersama Penyelaras Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Mustaffa Kamil Ayub semalam.

Menurut Mustafa Mansor lagi, orang Melayu perlu diingatkan peranan Anwar yang tidak kalah dengan tokoh-tokoh agamawan tanah air. Jika agamawan membina sekolah pondok membentengi akidah dari penjajah, Anwar mencerahkan minda rakyat melalui melalui pendidikan moden.

Oleh itu, katanya, sangat melampau apabila Anwar dituduh tidak mengutamakan Melayu, liberal dan sebagainya.