Najib kahwin lain? Mana Rosmah?

Najib kahwin lain? Mana Rosmah?

KECOH di media sosial Twitter pada Jumaat apabila seorang individu mendedahkan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai isteri baharu.

Dalam hantaran tersebut, individu itu, Salim Iskandar turut memuat naik foto mesra Najib berdiri dengan tangannya dirangkul wanita berkenaan yang dikenali sebagai Shimah.

Turut kelihatan dalam gambar tular berkenaan adalah beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga wanita itu yang dikatakan anak serta menantu Shimah.

Dakwa Salim Iskandar, wanita bersebelahan itu merupakan bekas pramugari dan dikenalkan kepada Najib menerusi abangnya dikenali sebagai Zaini.

Wanita itu juga didakwa saudara kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Tourism Exchance (MATEX) ketika entiti itu di bawah Hamzah Zainuddin sebagai pengerusi.

najib kahwin

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak menyangka bekas Perdana Menteri penuh kontroversi dan terkenal dengan tagline ‘Malu Apa Bossku’ itu kini mempunyai isteri baharu selain Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa wanita dalam foto tular itu ialah anak Najib dengan bekas isteri pertama.

“Anak dia tu Nurliza Najib. (Dia hidap) kanser tahap empat,” tulis Zubir Zakaria di ruangan komen.

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai Rosmah Mansor dan statusnya kini sama ada sudah mempunyai ‘madu’ ataupun sudah bercerai.

“Najib kahwin? Mana Rosmah?” soal Andrew Liu.

najib kahwin3

najib kahwin 2

Walaubagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada Najib Razak berikutan penularan foto itu di media sosial.

Sementara itu, seorang sumber yang dekat dengan bekas Perdana Menteri itu memberitahu Majoriti bahawa terdapat cakap-cakap bahawa Najib dan Rosmah sedang dalam proses perceraian.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan berita itu. Dia juga tidak dapat mengesahkan identiti sebenar wanita bernama Shimah dalam foto tular berkenaan.