Najib lantik Peguam Diraja UK untuk selamatkan diri dipenjara 12 tahun

Najib lantik Peguam Diraja UK untuk selamatkan diri dipenjara 12 tahun

Semua kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak menyebelahi dirinya apabila sebelum ini mahkamah telah putuskan beliau bersalah. Bagaimanapun, Najib yang kini lebih mesra dipanggil Bossku tidak berputus asa dan akan membuat rayuan sekali lagi.

Jadi mungkin inilah jalan keluar yang terakhir dan pastinya akan digunakan sebaiknya oleh BOSSKU! Malu apa BOSSKU

Terkini, Najib dikatakan akan melantik Peguam Diraja dari United Kingdom kerana mempunyai pengalaman bagi memastikan beliau menang dalam rayuan seterusnya. Rayuan ini amat penting bagi Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib sebelum ini didapati bersalah dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Hasrat Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja didedahkan dalam surat enam halaman dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Peguam utama Najib kata ia perlu kerana kes amat kompleks & perlukan masa lebih lama

Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London.

Pihak Najib turut berharap agar Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh rayuan dalam masa terdekat kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan wakil Peguam Diraja. ini kerana mereka perlu menterjemah nota dan dokumen mahkamah bagi kes ini dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan rayuan terakhir buat Najib untuk menyelamatkan dirinya dari dipenjara dan didenda. Oleh itu, apa sahaja cara yang ada akan digunakan beliau dan memerlukan masa yang cukup bagi memastikan segala persediaan lengkap.