Najib penakut! Tak mahu debat, heret pula Anwar sebagai syarat

Najib penakut! Tak mahu debat, heret pula Anwar sebagai syarat

TINDAKAN Datuk Seri Najib Razak meletakkan syarat untuk berdebat berhubung kemelut Sapura Energy Berhad, membuktikan bekas Perdana Menteri itu takut untuk berbuat demikian, kata Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR itu berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya bagi menjawab kenyataan Najib yang menyatakan kesediaan berdebat dengannya, tetapi meletakkan syarat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyertai debat berkenaan.

“@NajibRazak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia,” ciapnya.

Dalam kenyataan sama, Rafizi berkata, beliau juga bersedia untuk menyampaikan cabaran itu kepada Anwar.

“In Sha Allah saya sampaikan kepada @anwaribrahim dan kita sama-sama tengok alasan & syarat baru apa pula Najib nak bagi,” katanya.

Semalam, Najib menyahut cabaran debat dengan Rafizi namun meletakkan syarat mahu sesi berkenaan disertai Anwar.

“Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau

Malah, Najib berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.