Nak kurus? Tolong jangan makan 12 makanan ini!

Nak kurus? Tolong jangan makan 12 makanan ini!

RAMAI yang mengimpikan badan kurus dan cuba melakukan senaman dan mengamalkan diet pemakanan tertentu tetapi masih tidak menampakkan hasil.

Rupanya bila dilihat kembali, ada antara mereka ini tersilap mengambil makanan yang tidak seimbang daripada kalori, sekali gus mengganggu proses penurunan berat badan.

Malah, ada makanan yang diambil tetapi perut masih lapar hanya kerana diet yang diamalkan kurang nutrien seperti serat dan protein.

Berikut Majoriti senaraikan 12 makanan yang perlu dielak jika anda ingin kurus seperti yang disarakan oleh pakar.

1. Minuman bergula

Banyak minuman seperti soda, minuman sukan dan jus buah-buahan sangat tinggi gula tambahan tetapi rendah dalam nutrien lain. Meminumnya akan menambah kalori tetapi tidak membuatkan anda kenyang.

2. Kentang goreng & kerepek kentang

Kentang secara umumnya sihat dan mengenyangkan, tetapi ia tinggi kalori dan mudah menyebabkan anda makan terlalu banyak sekali gus menyumbang kepada penambahan berat badan.

3. Pastri, biskut & kek

Makanan dibakar seperti pastri, biskut dan pencuci mulut selalunya mengandungi gula tambahan sangat tinggi termasuk fruktosa.

Kajian mendapati individu yang mengambil fruktosa lebih berasa lapar dan mempunyai keinginan makan yang tinggi berbanding mereka yang memakan glukosa – sejenis gula lain.

4. Roti putih

Roti putih dibuat daripada tepung halus dan selalunya mengandungi banyak gula tambahan. Ia mempunyai jumlah indeks glisemik (GI) tinggi dan boleh meningkatkan paras gula darah.

5. Aiskrim

Aiskrim sedap tetapi tidak menyihatkan. Ia tinggi kalori dan kebanyakannya sarat dengan gula.

6. Piza, antara makanan pantang diet

Piza adalah antara makanan segera yang sangat popular. Namun, piza yang dihasilkan secara komersial adalah tidak sihat – tinggi kalori dan selalunya mengandungi bahan tidak sihat seperti tepung halus dan daging yang diproses.

7. Bar coklat

Coklat susu adalah punca biasa pertambahan saiz pinggang, dengan kiraan kalori tinggi dan jumlah gula yang banyak penyumbang kepada pertumbuhan lemak visceral.

8. Donat

Donat akan menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak insulin dan ia akan menyebabkan terlalu banyak gula akan memasuki sel lemak dan tidak meninggalkan satu pun untuk sel darah.

9. Makanan segera pandu lalu

Jika ingin mengurangkan berat badan, elakkan daripada singgah di mana-mana drive-thru. Semua makanan yang ditawarkan adalah diproses dan dipenuhi dengan bahan seperti pengawet, lemak trans dan garam.

10. Buahan kering

Buah-buahan kering tampak seperti snek yang menyihatkan, bukan? Tetapi awas! Kebanyakan buah kering telah dimaniskan dan mengandungi purata 16 gram gula setiap auns.

11. Yogurt

Yogurt sering dianggap makanan sihat untuk mengurangkan berat. Yogurt Greek secara amnya mengandungi protein dan kultur bakteria yang membantu penghadaman. Pilihan yogurt dengan pelbagai campuran yang sebenarnya perlu dielak.

12. Gegelung bawang

Onion ring adalah contoh terbaik tentang bagaimana makanan sihat pada asalnya menjadi tidak sihat. Jadi, ini yang harus dielakkan. Ada yang mengatakan makanan ini lebih tidak sihat berbanding kentang goreng kerana mengandungi lebih kalori, lemak tepu, tinggi kandungan gula dan kurang kalium.