Neelofa berkongsi pengalaman menyusu anak, lain pula netizen perasan

Neelofa berkongsi pengalaman menyusu anak, lain pula netizen perasan

Neelofa ambil Konsultan Laktasi demi memastikan dia dapat belajar dengan betul tentang ilmu penyusuan. Ibu kepada Muhammad Bilal yang baru sahaja habis berpantang ini berkongsi pengalaman penyusuan bayi pertamanya dengan pelakon cantik Izara Aishah dalam sesi live di Instagram Naelofar malam semalam.

neelofa ambil konsultan laktasi

Usahawan dan pengacara popular ini mengakui perjalanan menyusukan bayi merupakan satu tugas yang sangat mencabar terutama bagi ibu pertama kali sepertinya yang langsung tiada ilmu tentang penyusuan terutama bila berhadapan situasi bengkak susu.

“Kalau tahu menyusukan bayi satu tugas yang mencabar dah tentu masa mengandung, Lofa akan lantik seseorang yang pakar tentang penyusuan untuk ajar betul-betul.

Nobody told me about breastfeeding. Macam mana mana nak latch baby  betul-betul, kalau bengkak susu apa nak buat, semua kena belajar sendiri. So sad,” katanya yang memberitahu yang dia mungkin terlepas pandang ilmu tersebut sepanjang pemeriksaan antenatal di hospital dalam sesi live tersebut.

Katanya kalau boleh berpatah balik semula masa awal-awal bersalin, saya nak ambil short course belajar tentang penyusuan.

Neelofa ambil kaunselor laktasi

Bagaimanapun isteri Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz ini bersyukur kerana dia baru sahaja berjaya menghubungi seorang Kaunselor Laktasi yang akan mengajarnya daripada A sampai Z ilmu penyusuan.

Neelofa turut berazam sekiranya dia boleh kembali semula ke landasan yang betul dalam bab menyusukan bayi, dia akan berkerjasama dengan Kaunselor Laktasi tersebut untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya bakal ibu dan ibu-ibu belajar ilmu penyusuan.

Bercerita tentang pengalaman dan perasaannya selepas menghabiskan tempoh berpantang lebih 40 hari, dia sangat respect kepada semua ibu yang ada ramai anak termasuklah ibunya sendiri.

“Tak mudah nak lalui saat dalam pantang sebab ada banyak benda baru yang berlaku dalam hidup kita. Tak kisahlah ibu bersalin normal atau caesarean sebab tempoh dua minggu pertama itu sangatlah mencabar.

Bagi yang pertama kali jadi ibu, nak sesuaikan dengan rutin baru, nak faham anak, nak belajar banyak benda dan menyusukan anak, memang semuanya mencabar.”

Bagaimanapun ibu jelita ini bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sehingga hari ini dan turut berkongsi perasaannya yang bakal pertama kali menyambut Ramadan dengan gelaran ibu.

Wanita yang mesra dengan panggilan Lofa ini, secara jujur memberitahu sehingga hari ini dia masih lagi membiasakan dengan rutin berjaga malam kerana bayinya dalam fasa kerap terjaga malam sehingga mencapai usia tiga bulan.

“Kalau nak ikutkan sampai Ramadan lah Bilal akan kerap berjaga malam. Jadi perkara yang baik tentang hal ini iaitu mudahlan bagi saya untuk berjaga malam. Jadi memang akan ambil peluang untuk lebihkan buat amalan berzikir dan membaca al-Quran bila mudah berjaga malam,” demikian beritahu Neelofa yang berazam tidak akan tinggalkan amalan zikri pagi dan petang.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 26 Mac 2021 dan pasangan selebriti popular ini dikurniakan cahayamata pertama pada 29 Januari 2022.