Netizen puji Qatar bantu bayar gaji penjawat awam Gaza

Netizen puji Qatar bantu bayar gaji penjawat awam Gaza

 

Gaji penjawat awam di Semenanjung Gaza akan dibayar bulan ini, selepas Mesir dan Qatar bersetuju dengan mekanisme pembayarannya, lapor Haaretz.

Menurut laporan itu, Qatar akan menyediakan peruntukan kewangan untuk pekerja pentadbiran Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas).

Mereka pula secara tidak langsung akan membeli bahan api dari Mesir, kata perjanjian baharu itu.

Bahan api akan dihantar kepada Hamas melalui persimpangan Rafah Mesir-Gaza, dan kemudian gerakan Islam itu akan menggunakan keuntungan penjualan bahan api untuk membayar gaji kakitangan awam. 

Jumlah pemberian gaji dianggarkan berjumlah $10 juta sebulan.

Qatar telah menyediakan ratusan juta dolar kepada Gaza dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kira-kira $30 juta sebulan sejak Great March of Return 2018.