Netizen teruja Pogba tengok rancangan Omar dan Hana

Netizen teruja Pogba tengok rancangan Omar dan Hana

Peminat bola sepak pasti cukup kenal dengan pemain Manchester United dan juga pasukan kebangsaan Peranchis, Paul Pogba.

Bukan setakat aktif bersukan, bekas bintang Juventus ini turut aktif di media sosial berkongsi mengenai perkembangan terbaru dan aktivitinya baik di padang mahupun di luar padang.

Namun perkongsian terbaru Pogba di instagram nyata mencuri tumpuan orang ramai khususnya netizen di Malaysia apabila dia memuat naik satu foto kerjasamanya dengan sebuah syarikat TV, TCL France dalam mempromosikan TV berkenaan.

Menerusi foto tersebut, Pogba yang cuma mempromosikan TV berkenaan dilihat sedang memegang sebuh alat kawalan jauh sambil menonton sebuah rancangan animasi kanak-kanak, lapor Buzzkini.

Namun hasil pengamatan netizen, rancangan berkenaan adalah rancangan animasi tempatan, Omar& Hana yang dihasilkan studio animasi Digital Durian yang turut terkenal dengan kartun Didi & Friends.

Perkongsian tersebut nyata menimbulkan keterujaan di kalangan netizen apatah lagi ianya ditonton atau dimainkan oleh pemain bola sepak yang begitu terkenal.

Malah akaun rasmi Omar dan Hana turut dilihat meninggalkan komen pada posting tersebut.

Berikut antara komen-komen menarik yang dtulis netizen :

“Tengok Upin-ipin next time”

“Terima kasih sebab tonton kartun Malaysia”

Omar hana pun reply

Bangga jadi orang Malaysia