Ngeri! Pekerja ladang maut dihempap pokok sawit

Ngeri! Pekerja ladang maut dihempap pokok sawit

Seorang pekerja ladang maut dihempap pokok kelapa sawit ketika melakukan kerja pembersihan ladang di Taman Saujana, di sini, pada 6 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Shamsul Amri Shahab berkata, kejadian disedari rakan mangsa yang kemudian mengalihkan pokok berkenaan menggunakan jentera.

“Pokok berkenaan berjaya dialihkan menggunakan jengkaut dalam tempoh lima minit dan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang berada di lokasi.

“Sebelum kejadian mangsa bersama dua pekerja sedang melakukan kerja pembersihan ladang,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pokok tumbang yang menghempap mangsa pada jam 6.14 petang.