Nilofa kena kecam nak bagi free susu nak expired!

Nilofa kena kecam nak bagi free susu nak expired!

Tular di media sosial, orang ramai menyerbu gudang Nilofa yang mengeluarkan susu keluaran selebriti terkenal, Neelofa yang terletak di Meru, Klang.

Syarikat Nilofa telah membuat infaq dengan memberikan susu secara percuma kepada semua orang, tak kisah nak ambil berapa banyak kotak susu sekalipun.

Susu dah nak expired

Berdasarkan video yang tular, korang boleh tengok sendiri betapa panjangnya barisan orang beratur nak ambil susu Nilofa! Yela, barang percuma, siapa tak nak kan?

Tapi, ada yang mengatakan susu yang diberikan secara percuma itu dah hampir dengan tarikh expired dan rata-rata mengecam tindakan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang beri percuma susu yang dah nak ‘expired’.

Menerusi laporan The Vocket, yang telah menghubungi wakil dari Nilofa, sumber memberitahu bahawa susu itu memang sengaja diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Menurutnya, perkara ini menjadi isu apabila ada pihak yang mengambil susu tersebut dengan kuantiti yang banyak dan menimbulkan isu ‘susu dah nak expired’.

Kalau setiap orang mengambil susu tersebut dalam bilangan yang sedikit, ianya tidak menjadi masalah kerana boleh habis sebelum tarikh luput.

Sepatutnya dihantar ke China

nilofa

Susu yang diagihkan secara percuma itu difahamkan mahu dihantar ke China tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku kerana pandemik Covid-19, perjalanan ke sana terbantut.

Demi mengelakkan pembaziran, Nilofa membuat keputusan untuk menyumbangkan semua susu tersebut kepada orang ramai.

Semoga murah rezeki bagi susu secara percuma kepada orang ramai. Harap netizen dapat bertenang, orang dah bagi percuma tu, korang janganlah nak kecam-kecam. Betul tak?