Padah cuba kupas kelapa guna gigi, sudahnya kena rawat di klinik

Padah cuba kupas kelapa guna gigi, sudahnya kena rawat di klinik

 

Pelik dan tak masuk akal! Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan buat seorang lelaki Inggeris ini selepas sanggup melakukan perkara di luar kotak manusia demi konten di media sosialnya.

Kupas kelapa guna gigi

Menerusi satu video dimuat naik pengguna dikenali sebagai Alexey Brock di TikTok, dia memaklumkan bahawa dia cuba untuk mengupas sebiji buah kelapa dengan menggunakan giginya.

Namun begitu, percubaannya itu membawa padah apabila telah menyebabkan sebahagian gigi hadapannya patah sedikit akibat tidak mampu menampung kekerasan kulit buah kelapa.

Kita berada di Malaysia dan kita sedang berdepan dengan masalah, saya cuba untuk mengupas buah kelapa ini menggunakan gigi saya.

Alex kemudiannya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan bagi giginya itu sambil membawa buah kelapa yang cuba dikupasnya.

Dengan bantuan doktor di sebuah klinik di ibu kota, gigi Alexey dapat dirawat dan dilaporkan sudah pulih seperti biasa.

Terima kasih doktor untuk gigi baru saya, terima kasih semua.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Alexey yang mencuba untuk mengupas kelapa dengan menggunakan gigi.

Lebih menghiburkan apabila terdapat netizen yang berseloroh mencadangkan pemuda Inggeris itu untuk mencuba mengopek buah durian dengan menggunakan giginya.

Sehingga artikel ini ditulis, video Alexey ini telah menerima lebih 400,000 tontonan dan 23,000 tanda suka.