Pakcik tua ini kantoi buat ‘projek’ dalam tandas dengan wanita muda

Pakcik tua ini kantoi buat ‘projek’ dalam tandas dengan wanita muda

 

Apabila sudah lanjut usia, seharusnya aktiviti dipenuhi dengan hal keagamaan dan bukan sekadar duniawi sahaja.

Namun buat lelaki tua ini, dia kalah dengan nafsu sendiri selepas kantoi berdua-duaan dalam tandas bersama wanita yang masih muda.

Menurut Suara.com, serbuan ke atas pasangan itu tular selepas sebuah video yang merakam kejadian tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Madura, Indonesia.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki bertopi keledar mengetuk pintu salah satu tandas awam dan cuba membukanya secara paksa.

Selepas beberapa kali pintu diketuk, pintu tandas dibuka dan seorang wanita muncul sambil membetulkan pakaian.

Jelas bahawa wanita itu tidak keseorangan, lelaki tua tersebut turut berada dalam tandas semasa diserbu.

Hanya memakai kain pelikat, lelaki tua menjadi sasaran kemarahan lelaki yang menyerbu pasangan tersebut.

Rupa-rupanya pasangan tersebut kantoi dengan anak lelaki wanita itu sendiri yang tidak menyangka si ibu sanggup membuat hubungan terlarang bersama lelaki tua.