Panas! Adun Bersatu kantoi kes rogol pembantu rumah, diarah bela diri

Panas! Adun Bersatu kantoi kes rogol pembantu rumah, diarah bela diri

 

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memerintahkan bekas Exco Perak membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Paul Yong Choo Kiong bagi pertuduhan itu, lapor Berita Harian.

Choo Kiong, 51, mengaku tidak bersalah pada 23 Ogos 2019, atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Meru Desa pada 7 Julai 2019, antara jam 8.15 dan 9.15 malam.

Beliau ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan kemungkinan sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil 23 saksi termasuk dua saksi yang dilindungi, untuk memberi keterangan ketika perbicaraan kes yang bermula pada 5 April lalu.

Choo Kiong diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir, manakala pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rashdi, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.