Panas! Anwar tidak pertahan guna logo PH, masih nak dengan pendapat

Panas! Anwar tidak pertahan guna logo PH, masih nak dengan pendapat

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia masih dalam proses mendapatkan nasihat daripada akar umbi parti berhubung penggunaan logo tunggal bagi calon PH dalam PRU akan datang.

Diminta mengulas perkembangan perbincangan PH berhubung perkara itu, Anwar berkata mereka “masih berbincang”.

“Saya tak boleh buat keputusan sendiri, jadi perlu dengar nasihat PKR peringkat negeri dan cabang,” katanya ketika ditemui pemberita Malaysiakini di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

‘Tetapi apa-apa pun, PH mesti menjadi blok yang kuat dan bersatu,” katanya lagi.

Semalam, beberapa pemimpin DAP dan Amanah mendakwa Majlis Presiden PH pada 23 Ogos memutuskan yang logo gabungan itu akan digunakan oleh semua calonnya dalam PRU15.

Mereka juga merujuk pemukiman PH pada April lalu serta “deklarasi Port Dickson” yang menyusulinya, berhubung menjadi sebuah gabungan yang bersatu.

Antaranya adalah Ketua Pemuda PH Howard Lee yang menyangkal Setiausaha Pemuda PKR Syukri Razab, yang menyifatkan Adun Pasir Pinji itu membuat kenyataan “dangkal dan terburu-buru”.

Syukri juga berkata Majlis Presiden PH masih belum membuat sebarang keputusan berhubung untuk menggunakan logo gabungan atau PKR.

Pada 3 September lalu, Anwar berkata parti komponen PH telah bersetuju secara prinsip untuk menggunakan satu logo, dan logo PKR digunakan pada PRU lalu kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ketika itu masih tidak mengesahkan PH sebagai gabungan secara rasmi.

Kemudian, Anwar pada 16 September berkata perkara itu masih dalam perbincangan dan kedua-dua pihak mempunyai “hujah yang kuat”.