Panas! Bersatu tidak mengaku mahu jatuhkan Ismail Sabri
KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersatu sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, dakwaan Bekas Perdana Menteri itu adalah fitnah terhadap Bersatu.
“Najib kata Bersatu susun propaganda untuk jatuhkan PM. Saya nafikan. Ini fitnah.
“Tapi tidak pelik fitnah itu datang dari Najib. Itulah kata-kata orang berpengalaman bersama rakan-rakannya yang pernah jatuhkan PM. Dia ingat semua orang perangai macam dia?katanya menerusi Facebook.
Wan Saiful berkata, sepatutnya fokus utama Najib sekarang adalah mencari jalan penyelesaian untuk rakyat berkaitan isu kenaikan harga barang, bukan melakukan sebarang dakwaan yang tidak benar ataupun ini salah satu cara pengalih perhatian terhadap kes rayuan SRC beliau pada rabu depan.
“Hakikatnya isu barang naik ini sudah menjadi bualan dan keresahan serius seluruh masyarakat.
“Najib tak perlulah melatah menuding jari menyalahkan orang lain. Segerakanlah solusi.
“Atau sebenarnya cuba divert attention sebab 8 Disember dah dekat?,” katanya, memetik laporan Malaysiapost.
Semalam, media melaporkan Najib mendakwa bahawa Bersatu sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri.
Katanya, objektif utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.