Panas! Bomoh ‘celaka’ rogol bakal pengantin

Panas! Bomoh ‘celaka’ rogol bakal pengantin

 

Bakal pengantin berusia 23 tahun mendakwa dirogol bomoh dikenali sebagai ‘Ayah Su’ ketika mendapatkan rawatan gangguan makhluk halus yang dialaminya, di Tendong, Pasir Mas, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Nasaruddin Md Nasir berkata kejadian berlaku selepas mangsa terjumpa dengan suspek berusia 67 tahun di sebuah kedai sebelum menceritakan keadaan dialaminya kepada lelaki terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberitahu kononnya dia boleh merawat mangsa dan memintanya datang ke rumah pada jam 3 petang bersama bakal suami.

“Selepas itu, lelaki terbabit meminta wanita berkenaan masuk ke bilik rawatan melalui pintu belakang dengan diiringi isterinya yang dikenali dengan panggilan ‘Mak Su’,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Nasaruddin berkata, mangsa kemudiannya diminta menanggalkan seluar dan sesi “rawatan” dimulakan apabila hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik itu.

Tambah beliau, sesi “rawatan” selama setengah jam itu berakhir dengan kejadian rogol dan suspek meminta agar wanita itu datang sekali lagi untuk rawatan susulan.

Katanya, suspek turut memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian terbabit, tetapi mangsa menceritakan perkara itu kepada bakal suaminya serta keluarga sebelum tampil membuat laporan.

“Susulan laporan itu, suspek yang juga pesara kerajaan ditahan polis pada tengah malam hari yang sama di rumahnya,” katanya.

Nasaruddin berkata, siasatan awal mendapati suspek menjalankan rawatan itu sejak 36 tahun lalu dan dipercayai lebih 10 pesakit telah menjadi mangsa.

Namun katanya, isteri suspek yang berusia sekitar 60-an mendakwa tidak tahu menahu mengenai perbuatan suaminya itu.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.