Panas! Dah episod kedua, baru JAKIM muncul respon isu drama gay Melayu

Dia menerusi Twitter turut menjelaskan hanya mengetahui drama berkenaan adalah untuk mempromosikan aplikasi temu janji kaum sejenis sebaik ianya disiarkan.
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan mengenai penghasilan sebuah siri drama bertemakan kehidupan gay, Stay Away From Me yang melibatkan pelakon tempatan.
Lebih mengejutkan apabila netizen kemudian mendedahkan watak utama di dalam drama berkenaan adalah pelakon remaja dan bintang TikTok, Danish Iskandar yang baru berusia 17 tahun.
Menurut orang ramai, drama berkenaan disiarkan menerusi satu aplikasi temu janji gay dan penstriman video pada 5 Disember lalu.
Feminist diam je ke pasal movie Stay Away From Me? A minor who cant give consent melakonkan watak yang controversial.
— (┛◉Д◉)┛彡┻━┻ (@ZackAvaricious) December 5, 2021
Jadi, ada budak 17 tahun yang ✨terpaksa✨ berlakon dalam filem LGBTQ+.
.
Bawah umur.
Beragama Islam.
Warganegara Malaysia.
.
Siapa yang boleh ambil tindakan?
Apa tindakan yang boleh diambil?— Awan Wafdan ⛅️ (@seketulawan) December 5, 2021
Tidak tahu jalan cerita, terkejut ada babak romantik babitkan dua pelakon lelaki
Menerusi laporan Harian Metro, penampilan Danish di dalam drama tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah status seksualitinya dan mengapa dia memilih untuk turut serta.
Dia kemudiannya tampil menjelaskan yang dia langsung tidak tahu menahu apakah jalan cerita siri itu kerana penjelasan yang diberikan pihak produksi sewaktu mesyuarat pertama adalah kurang jelas.
Babak tambahan diberikan selepas separuh penggambaran berjalan
Tambah pelakon drama bersiri Shah Alam 40000 itu lagi, separuh dari proses awal penggambaran hanya melibatkan babak biasa sebelum pihak produksi menambah beberapa babak tambahan termasuklah babak romantik.
“Saya sendiri terkejut apabila terdapat babak romantik membabitkan dua pelakon lelaki utama iaitu saya dan seorang lagi pelakon.
“Ketika mesyuarat pertama, jalan ceritanya tidak terlalu jelas dan ‘storyboard’ yang diberi juga tidak membabitkan babak-babak sebegitu.
“Ketika penggambaran dijalankan, lebih separuh daripada proses penggambaran awal adalah babak biasa dan selepas itu, barulah pihak produksi menambah beberapa babak termasuklah babak romantik.
“Saya pun tak boleh nak tarik diri memandangkan proses penggambaran pun dah hampir selesai. Jadi, saya terpaksa teruskan juga,” katanya.
Baru tahu drama itu promosikan aplikasi Gay
Malah dia menerusi Twitter turut menjelaskan baru sahaja tahu yang drama berkenaan sebenarnya adalah untuk mempromosikan aplikasi temu janji kaum sejenis sebaik ianya dilancarkan.
“Untuk yang tidak jelas, di dalam kontrak langsung tidak diberitahu yang drama ini akan mempromosikan aplikasi gay dan tiada babak sedemikian.
“Jadi bila dah mulakan penggambaran tu baru mereka letak dan semalam (4 disember) mereka telah melancarkan siri tersebut dan saya baru tahu ianya mempromosikan aplikasi gay”
and also for those yang tak clear , dlm contract memang takde langsung bgitau pasal cite ni is about to promote apps gay and takde pun scene scene yang mcm tu , so yea bila dh shoot tu dorang baru letak and baru semalam release series tu and saya baru tahu bende ni prmte app gay
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
the production wasnt clarified about gay app,they just gave the storyline yang takde langsung scene scene mcm tu so they added certain scene tht aren’t in the storyboard on the last minute, so yea its my fault cause teruskan jugak shooting tu, i wont do it again, im mngsa keadaan
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
“Produksi tidak clarify pasal aplikasi, mereka hanya memberikan storyline yang tiada langsung babap sebegitu, jadi mereka tambah scene yang tiada di dalam story board pada minit akhir”
Ramai kemudian meminta pihak produksi untuk bertanggungjawab apatah lagi statusnya sebagai remaja bawah umur.
JAKIM akan panjang kepada SKMM
Terbaharu menerusi laporan Berita Al Hijrah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat konten berkenaan yang bertentangan dengan budaya serta norma kehidupan rakyat Malaysia.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, sebarang konten yang mempunyai unsur seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh diterima oleh mana-mana agama.
“Jika perkara ini babitkan filem, kita akan panjangkan kepada SKMM supaya menyiasat kerana ini bertentangan dengan budaya dan norma rakyat Malaysia serta tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkaitan gay ini.”
Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad
Beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri berkaitan untuk memanggil pelakon terlibat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Perkara ini, jika berlaku di mana-mana negeri, kita minta pihak berkuasa agama negeri bertanya kepada beliau (pelakon).
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya sebagai penyelaras dan tiada kuasa untuk menghukum,” katanya.
Ibu bapa Danish bakal amik tindakan
Dalam pada itu, aktor remaja berkenaan turut memaklumkan ibu bapanya akan mengambil tindakan terhadap pihak produksi selepas mereka enggan bertanggungjawab.
Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada orang ramai dan berjanji akan lebih berjaga-jaga selepas ini.
so guys , my parents proceed to take legal action memandangkan production tu sendiri tanak bertanggungjawab , and im sorry for everything if theres anything wrong , i will be careful and aware next time so yea just doakan yang baik baik
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
Serah pada peguam untuk selesaikan
Hasil pemerhatian kami di akaun TikTok miliknya, Danish difahamkan sudah pun bertemu dan melantik peguam untuk menguruskan isu berkenaan.
@danishleh_ justice must be upheld #fyp #thekanda🕊 #foryoupage
Menerusi satu muat naik di IG Story Danish pula, satu kenyataan yang ditulis pengurusnya memaklumkan pihaknya tidak akan menjawab apa-apa berhubung isu tersebut dan akan tampil membuat sidang media dalam masa terdekat.
Apa-apa pun kami doakan segala urusan Danish dan keluarganya dipermudahkan. Diharap orang ramai berhenti dari membuat sebarang spekulasi dan tunggukan maklumat lanjut dari pihaknya.
