Panas! Ellie Suriaty ditipu suami semata-mata mahu ambil vaksin

Panas! Ellie Suriaty ditipu suami semata-mata mahu ambil vaksin

Sebelum ini, pelakon Ellie Suriaty telah menemani dua anaknya ke balai polis untuk membuat laporan demi mempertahankan hak mereka. Tindakan tersebut diambil kerana menolak vaksin COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Menurut laporan Vocket, suami Ellie Suriaty iaitu Azri Iskandar yang juga seorang pelakon telah mengambil suntikan vaksin dan lengkap dua dos tanpa pengetahuannya.

Difahamkan, Azri telah melengkapkan suntikan vaksin pada 16 Ogos yang lalu dan tindakannya itu diambil kerana bimbang tiada kerja selepas kerajaan menetapkan syarat wajib untuk lengkap vaksin sebelum dibenarkan kembali ke set penggambaran.

 

Menurut Azri, beliau terpaksa berbohong kepada Ellie dengan memberi alasan bahawa dirinya ingin ke bengkel kereta tetapi hakikatnya dia bersama anaknya, Nur Anis Mastura menuju ke klinik di AU5.

Tambahnya, walaupun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin dengan isterinya tetapi itu tidak menggoyangkan rumah tangga mereka. Malah, Azri berharap agar suatu hari nanti Ellie dan anak-anaknya terbuka hati untuk mendapatkan suntikan vaksin demi keselamatan diri.