Panas! Hattan ditempelak isu artis tolak vaksin, ada juga yang sokong

Panas! Hattan ditempelak isu artis tolak vaksin, ada juga yang sokong

Hattan berkata dia bingung bagaimana pertimbangan segelintir artis menanggapi vaksin Covid-19.

Kata penyanyi terkenal itu, ketika mereka menolak disuntik dengan vaksin Covid-19, pada masa sama artis terbabit tidak teragak-agak untuk mendapatkan suntikan kecantikan.

“Tidak faham segelintir artis antivaksin ni… Cucuk hidung, cucuk dagu dan cucuk dada boleh pula? Entahlah,” katanya pada hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Terdahulu, beberapa penggiat seni seperti pelakon Fauziah Nawi dan pengarah Jinggo meluahkan kebimbangan mereka terhadap sikap segelintir artis yang menolak vaksin Covid-19.

Mereka antaranya berkata, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti penggambaran mungkin akan ditarik semula oleh kerajaan sekiranya terdapat produksi menawarkan pekerjaan kepada pelakon yang belum lengkap vaksinasi.

Sementara itu, semakan Malaysiakini pada ruang komen Hattan mendapati status Facebook berkenaan mengundang perhatian ramai dalam kalangan peminat penyanyi Biso Bonar tersebut.

Ada segelintir pengikut Hattan berpendapat apa yang diperkatakan penyanyi berkenaan mencuit hati manakala rata-rata yang lain bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik itu.

“Dato, kenyataan ni memang kelakor (kelakar),” kata pengguna akaun @Kak_Mung_Netuk.

Pengguna akaun @Rahimah Ima pula berkata: “Win terus kalau Dato bagi ayat.” Komen itu turut disertai dengan emoji ketawa.