Panas! Hattan tempelak artis antivaksin, cucuk ‘kopek’ boleh pula?

Panas! Hattan tempelak artis antivaksin, cucuk ‘kopek’ boleh pula?

Penyanyi terkenal, Datuk Hattan memuat naik status bingung terhadap segelintir artis yang menolak vaksin sebagai pencegahan kemudaratan Covid-19 sekiranya dijangkiti.

Berkongsi di akaun Facebook miliknya, Hattan juga mendakwa artis anti vaksin andai membuat suntikan kecantikan tiada pula persoalan “dikompangkan” berbanding suntikan vaksinasi.

“Tidak faham segelintir artis anti vaksin ini… Cucuk hidung, dagu dan dada boleh pula? Entahlah…,” tulisnya, lapor Utusan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dan menyokong dengan status penyanyi Bisa Bonar itu.

Terdahulu, pengarah terkenal Shahrulezad dan pelakon hebat Fauziah Nawi antara penggiat seni yang menzahirkan rasa kekecewaan terhadap sikap segelintir artis anti vaksin sebelum ini.

Dalam perkongsian mereka, bimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ditarik semula jika sikap sedemikian terus berlarutan.