Panas! Idris Haron buat pendedahan baru, ramai lagi ADUN mahu tarik sokongan

Panas! Idris Haron buat pendedahan baru, ramai lagi ADUN mahu tarik sokongan

 

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mendakwa lebih ramai wakil rakyat kerajaan mahu menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berani menyatakan penarikan sokongan itu secara terbuka.

“Bila melihat perkara curang di depan mata, selemah-lemah iman itu tegur dalam hati, kuat sikit iman tu tegur dengan perkataan, paling kuat tegur dengan tindakan. Tiada tindakan yang lebih mampu saya lakukan daripada tarik balik sokongan.

“Sebenarnya lebih ramai Adun nak tarik sokongan, tapi mereka ini simpan harimau dalam perut, kucing dalam mulut,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa tidak membuat laporan polis berhubung isu pasir, beliau berkata, bukti tidak berada di tangannya dan serahkan saja siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Burden of proof bukan pada saya. Siasatan dah dibuat. saya dah beri kerjasama kepada SPRM,” katanya.

Mengulas mengenai adakah beliau dapat memenangi DUN Sungai Udang kerana kawasan itu kubu kuat Umno, katanya, parti itu sudah kurang majoriti di situ kerana lebih mengutamakan program politik daripada rakyat.

“Dia rasa majoriti Umno menurun sebab program yang dibuat berasaskan politik. Dia (pihak Umno) ada melawat kawasan nak bagi kerusi roda, tetapi rumah ada orang tak ada kaki, tak dapat kerusi roda, hanya kerana politik berbeza. Ini puncanya.

“Kerajaan negeri harus well represented, maksudnya berkadaran dengan demografi (berapa peratus Melayu, Cina India), bukannya kata ‘pertama kali kerajaan yang 100 peratus Melayu-Islam’,” katanya, lapor Malaysiapost.