Panas! KKM buat laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin, mereka akan didakwa segera!

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kumpulan terbabit termasuk didakwa di mahkamah kerana berterusan menyebarkan berita palsu.
“Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin.
“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan, dan lain-lain) dapat disegerakan.
“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying (menjengkelkan),” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya.
Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 15, 2021
Minggu lalu Khairy meminta laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat terhadap seorang pengguna laman Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin Covid-19.
“Ada masanya untuk mendidik. Namun, ada masanya untuk menguatkuasakan undang-undang,” ciap Ahli Parlimen Rembau itu, lapor Malaysiapost.