Panas! Lelaki ini desak tubuh RCI siasat sepanjang Muhyiddin jadi PM

Panas! Lelaki ini desak tubuh RCI siasat sepanjang Muhyiddin jadi PM

TIMBALAN Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Datuk Zamil Ibrahim saran kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat sama ada berlaku penyelewengan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, kebanyakan rakyat mengatakan Presiden Bersatu itu gagal ketika menjadi Perdana Menteri, namun dia berpendapat pemimpin itu ‘cekap’ dalam hal kewangan.

“Rakyat Malaysia kebanyakannya mengatakan beliau seorang pemimpin yang gagal, gagal mentadbir negara, tetapi di sebalik kegagalan itu beliau seorang yang ‘cekap’ bab duit keluar masuk.

“Bab duit saya akui dia cekap, sehinggakan nak ubah suai Seri Perdana melebihi kos pembinaan asal bangunan berkenaan.

“Buat dahulu RM24.17 juta sahaja, tetapi ubah suai apa saya tak tahu sampai RM38.5 juta,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengenai kos pembinaan dewan di Pagoh iaitu kawasan Parlimen Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkenaan yang didakwa sebanyak RM32 juta.

“Waktu darurat kita nak tanya ke mana duit keluar masuk tidak boleh, jadi waktu ini.

“Saya nak sarankan kerajaan sekarang ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tolong buat satu RCI berkaitan 17 bulan pemerintahan Muhyiddin.

“Berapa ratus bilion sudah keluar. Keluar sahaja masuk tiada dan kita nak tahu duit keluar masuk itu secara telus,” katanya.

Beliau berpendapat, kos pengubahsuaian Seri Perdana yang terlampau tinggi itu adalah tidak telus dan siasatan perlu dilakukan berhubung perkara itu.

“Saya minta rakyat Malaysia desak agar kerajaan sekarang menubuhkan satu RCI siasat ketika 17 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Pasal duit dia sangat hebat, walaupun dia seorang pemimpin yang sangat gagal di mata rakyat,” katanya, lapor Malaysiapost.