Panas! Mahkamah dedahkan Neelofa hamil
Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah, yang mewakili selebriti dan usahawan popular, Neelofa, tidak mahu kes mahkamah dihadapinya berlarutan kerana anak guamnya sedang hamil.
“Dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil, tidak sesuai untuk kita jalankan kes ini dan sebaiknya kita ambil jalan paling mudah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail itu tiba Kompleks Mahkamah Seremban, jam 9.40 pagi.
Neelofa yang memakai jubah berwarna biru kelihatan berhati-hati ketika berjalan dan ‘baby bump’ jelas kelihatan.
Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suami, Muhammad Haris daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Media sebelum ini melaporkan biarpun kisah kehamilannya hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini, namun Neelofa masih mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu.
Neelofa dalam satu temubual sebelum ini menyifatkan perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan.
Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai kehamilan Neelofa hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.
Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada 24 September lalu.
Neelofa dan PU Riz melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.