Panas! Mahkamah kekal status Najib seorang penjenayah

Panas! Mahkamah kekal status Najib seorang penjenayah

 

MAHKAMAH Rayuan hari ini mengekalkan sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Keputusan sebulat suara itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebentar tadi.

Abdul Karim berkata tiada sebab untuk bercanggah dengan hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau berkata dakwaan bahawa wang itu adalah derma dari Arab juga tidak boleh dipertahankan.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pecah amanah jenayah, tiga pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Hakim Mohd Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Presiden Umno itu.