Panas! Masih tak serik, Shuk ceroboh rumah bekas kekasih

Panas! Masih tak serik, Shuk ceroboh rumah bekas kekasih

Pelawak terkenal didakwa menceroboh rumah bekas kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 malam, lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan memasuki rumah wanita berusia 28 tahun yang tidak berkunci dan menyelongkar barang di dalam rumah.

Berikutan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan daripada wanita itu semalam.

“Bagaimanapun, mereka tidak mahu memanjangkan kes dan sudah berdamai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, wanita itu dilihat memuat naik gambar bekas teman lelaki yang juga pelawak popular di Instagram (IG) Story selepas lelaki itu ‘menceroboh’ rumahnya.

Pada gambar itu, dia seakan memberitahu pengikut mengenai kehadiran lelaki itu ke rumahnya dan meluahkan rasa rimas.

Namun, dia dilihat memadamkan semula gambar berkenaan selepas beberapa minit kemudian.