Panas! Mat Sabu ingatkan PM supaya berani, jangan jadi penakut!

Panas! Mat Sabu ingatkan PM supaya berani, jangan jadi penakut!

 

Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar jangan sesekali tunduk kepada ugutan atau dikawal oleh pihak tertentu.

Menurutnya, Ismail perlu berani dan tegas dalam membuat keputusan sekiranya beliau benar-benar mahu kekal menyandang jawatan Perdana Menteri sehingga tibanya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

“Perdana Menteri mesti tunjuk kuasanya bukan nak tunjuk kuasa ditaktor, tapi kuasa untuk mengendalikan kerajaan ini,” katanya seperti dilaporkan Sumberkini.

“Jangan ada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak,” katanya ketika membahas Bajet 2020 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu turut menyatakan keyakinannya bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH), nyata menjaga kedudukan Ismail agar tidak tumbang sehingga PRU15.

“Sebab itu kita buat perjanjian persefahaman supaya Perdana Menteri ini boleh kekal hingga pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Untuk rekod, MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen pada 13 September lalu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

MoU itu membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.