Panas! Menteri pertahanan gesa buang dan jangan beli telefon pintar China
Mungkin kedengaran pelik tapi itulah yang terjadi apabila Menteri Pertahanan Lithuania mencadangkan kepada rakyatnya untuk mengelakkan dari membeli telefon pintar dari negara China
Namun untuk mereka yang sudah memilikinya pula, mereka disarankan untuk membuang peranti berkenaan.
Dakwa terdapat peranti pengesan dalam telefon pitnar
Difahamkan cadangan tersebut disuarakan menteri berkenaan selepas sebuah agensi melaporkan terdapat beberapa peranti pengesan dipasang dalam telefon yang dijual Xiaomi Corp. di Eropah.
Pusat Keselamatan Siber Lithuania mendedahkan telefon pintar berkenaan mempunyai peranti yang dapat mengesan terma seperti ‘Free Tibet’, ‘Long live Taiwan independence’ atau ‘democracy movement
Mengulas secara terperinci ,agensi tersebut menjelaskan sebagai contoh, meskipun keupaayan perisian pengintipan di dalam model telefon pintar Xiaomi Mi 10T 5G telah dimatikan untuk ‘wilayah Kesatuan Eropah’ mereka bagaimanpun mendapati ianya tetap dapat dihidupkan dari jauh pada bila-bila masa.
“Saranan kami adalah untuk tidak membeli telefon pintar baru dari China dan membuangnya secepat mungkin buat yang sudah menggunakannnya” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Margiris Abukevicius sebelum membaca laporan berkenaan dipetik dari Reuters.
Laporan itu turut mendedahkan telefon pintar Xiaomi telah menghantar data sulit milik pengguna kepada server di Singapura.
Kelemahan keselamataan juga dijumpai pada telefon pintar model P40 5G oleh Huawei China, namun ianya tidak dikesan pada satu lagi jenama dari sana iaitu OnePlus.
Selain itu laporan berkenaan turut menyebut terdapat senarai istilah yang boleh ditapis oleh aplikasi sistem telefon Xiaomi termasuk menggunakan browser biasa, dimana setakat ini sahaja sudah terdapat 449 istilah dalam bahasa China dan ianya akan terus dikemas kini.
“Isu kritikal ini bukan sahaja untuk Lithuania, tetapi juga buat semua negara yang menggunakan peralatan teknologi Xiaomi,” kata laporan itu lagi.
Setakat ini Xiaomi belum memberikan apa apa respons mengenai dakwaan yang dikeluarkan kerajaan Lithuania.