Panas! Najib alukan Pas lawan kerusi AMANAH

Panas! Najib alukan Pas lawan kerusi AMANAH

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menganggap cabaran untuk berdepan dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum akan datang menjadi lebih mudah berdasarkan perkembangan yang berlaku pada hari ini.

Ketua Pemuda Amanah, Khairol Najib Hashim berkata, Pas tidak lagi menjadi saingan utama Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak kerana dalam situasi hari ini Pas sudah hilang daya politik.

“Kesemua apa yang mereka mainkan sebelum ini, berkenaan judi, kes Adib, RUU 355 dan isu-isu yang mereka laungkan telah makan diri dan rakyat boleh nampak sikap hipokrit mereka”, ujarnya.

“Di negeri Perak sendiri, Exco Pas paling teruk dalam prestasi kerja mereka dan kita boleh lihat bagaimana mereka menjawab persoalan-persoalan yang diabngkitkan dalam Sidang DUN baru-baru ini”,tambahnya lagi.

Pemuda Amanah Perak kini memberi lebih tumpuan untuk berdepan dengan cabaran di kerusi-kerusi yang berpotensi untuk dimenangi dan akan menampilkan calon yang benar-benar berkualiti.

Menjawab kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkenaan hasrat Pas untuk bertanding di kerusi-kerusi dimenangi Amanah, Khairol berkata lebih baik Pas tumpu untuk jaga kawasan-kawasan yang mereka telah menang dengan memberi khidmat kepada rakyat sebaiknya kerana kita mendengar banyak aduan rakyat di DUN yang mereka menang.

“Jaga DUN yang mereka menang dulu lah..jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran” katanya.