Panas! Najib dakwa Tu M tak tahan pendedahannya di parlimen

Panas! Najib dakwa Tu M tak tahan pendedahannya di parlimen

 

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir yang dilihat menggunakan peluang berbahas di Dewan Rakyat semalam untuk terus menghentamnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib mendakwa Dr Mahathir bertindak demikian kerana ‘tidak tahan’ dengan jawapan dan pendedahan yang dibuat beliau dalam beberapa isu membabitkan Ahli Parlimen Langkawi berkenaan.

“Laaaaa…. Orang suruh bahas bajet negara dalam parlimen, kamu pula Najib, Najib dan Najib.

“Kenapa ya? Itu bukan sistem perundangan Malaysia. M for Malaysia. Bukan Mahathir, tahu?

“Tak tahan dengan jawapan-jawapan dan pendedahan saya ke?,” soalnya.

Semalam, Dr Mahathir dilihat menggunakan peluang berbahas di Dewan Rakyat untuk ‘menghentam’ Najib.

Menurut laporan Malaysiapost, Dr Mahathir mempersoalkan status Najib yang masih belum diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas hukuman yang diterimanya, tetapi bebas untuk merentasi negara.

Beliau juga mengecam tindakan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun yang didakwanya bertindak seperti hakim dalam menentukan sesuatu kes mahkamah.