Panas! Najib tempelak Hakim dakwa dia malukan negara

Panas! Najib tempelak Hakim dakwa dia malukan negara

 

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak kecewa dengan ulasan Mahkamah Rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd membabitkannya yang disifatkan sebagai “memalukan negara”.

Dalam sidang media selepas keputusan rayuannya diumumkan, Najib berkata, sepanjang berada dalam kerajaan, beliau memberi penekanan kepada usaha mempromosikan kepentingan negara.

“Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya, memetik FMT.

Terdahulu, hakim Abdul Karim Abdul Jalil ketika menyampaikan keputusan mahkamah berkata: “Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara.”

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.