Panas! Pegawai SPRM ditahan polis kerana lakukan jenayah

Panas! Pegawai SPRM ditahan polis kerana lakukan jenayah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis, petang semalam.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pegawai itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah baru-baru ini.

Bagaimanapun SPRM tidak menyatakan butiran mengenai kejadian jenayah yang melibatkan pegawainya itu.

“Sehubungan itu, SPRM telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu lewat petang semalam.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat,” kata kenyataan itu, lapor Malaysiapost.