Panas! Peguam ini tempelak Pas, DAP lebih bagus daripada Pas dalam isu judi

Panas! Peguam ini tempelak Pas, DAP lebih bagus daripada Pas dalam isu judi

Benda ni kalau kena kat Amanah, depa akan tanya mana suara menteri dari Amanah? Takut dengan DAP? Walhal depa bukan tak tahu Amanah hanya ada 11 kerusi dalam kerajaan PH.

Tapi bila kena kat depa, boleh pulak bagi alasan PAS tidak berkuasa penuh? Dah tu, bila nak tunggu PAS berkuasa penuh? PRU akan datang pun bukannya PAS akan bertanding ‘solo’ macam PRU lepas, kan?

Dulu bukan main lagi dengan teori ‘King Maker’ kononnya boleh tentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Kononnya kalau kerajaan tak penuhi tuntutan PAS, depa akan tarik balik sokongan dan jatuhkan kerajaan itu.

Nah, hari ni jelas-jelas kerajaan hat ada sekarang tak memberikan apa-apa kelebihan kepada PAS pun selain jawatan kabinet (itu pun tak ada menteri kanan walaupun jadi pengampu nombor satu), kenapa tak gunakan kuasa King Maker itu? Isu judi ni jelas sekali memperlekehkan PAS, tak terasa lagi kah?

Seburuk-buruk PH yang dituduh anti-Islam pun, tetapi dalam isu cabutan judi ini, telah terbukti bahawa pentadbiran kerajaan PH jauh lebih baik malah tanpa retorika keagamaan atau kaum, cabutan judi dikurangkan. Sebab apa? Sebab semua agama juga percaya judi bukan budaya yang baik dalam kehidupan sosial masyarakat.

Namun malang, kerajaan yang baik itu telah dijatuhkan oleh PAS malahan PAS pula menyokong kerajaan yang menaikkan semula jumlah cabutan judi?

MUHAMAD FADZIL AHAMAD
Peguam