Panas! Pemuda ini sifatkan Pas kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

Panas! Pemuda ini sifatkan Pas kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

Pemuda Amanah Negeri Perak berpandangan bahawa bantahan tentang cabutan undi tambahan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pas hanya sebuah lelucon basi yang tiada nilainya.

Ini kerana bantahan – bantahan daripada Ahli Parlimen kerajaan ini hanya sekadar mengisi hansard parlimen sedangkan ia sudah diluluskan pada penghujung 2020 dan kini hampir separuh ‘Cabutan Khas’ ini sudah pun dibuat.

Sepatutnya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kerajaan, bantahan awal perlu dilakukan oleh wakil-wakil mereka yang dilantik dalam Jemaah Menteri khususnya sebelum sesuatu keputusan/dasar itu dibuat.

Malangnya hanya selepas keputusan dibuat barulah Ahli-ahli Parlimen Pas menggeletek seperti beruk dapat bunga, itupun selepas Ahli Parlimen Amanah membangkitkan isu tersebut dalam sidang parlimen.

Situasi ini sebenarnya menampakkan bahawa Ahli Parlimen Pas tidak faham fungsi mereka sebagai Ahl Parlimen kerajaan.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mencabar 18 Ahli Parlimen Pas supaya menarik diri daripada kerajaan sedia ada sebagai tanda bantahan kepada Cabutan Judi Khas ini.

Tidak guna melaungkan Islam sebagai dasar perjuangan, tapi pada masa yang sama membenarkan kerajaan menambah jumlah Cabutan Undi Khas kepada 22 cabutan.

Akhir kalam, tindakan Ahli Parlimen Pas ini boleh diibaratkan seperti kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak
29 September 2021