Panas! Pemuda Pas tidak berani bertanding lawan DAP

Panas! Pemuda Pas tidak berani bertanding lawan DAP

Pemuda PAS Perak menyatakan kesediaan dan komitmen jentera pilihanraya peringkat Pemuda PAS untuk mengambil semula dan menawan enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan 2 kerusi Parlimen yang dimenangi PAN pada PRU ke-14.

Demokrasi adalah lapangan persaingan sihat antara parti. Kami Pemuda PAS Perak dengan serius dan penuh komitmen mendesak PAS Perak untuk tidak berkompromi pada lapan kerusi ini. Jangan ada negosiasi yang merugikan pada lapan kerusi ini.

Setiap bulan tanpa gagal, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak membentangkan kepada kami prestasi dan perkembangan semasa gerak kerja pilihanraya peringkat Pemuda DUN dan Parlimen khususnya yang dimenangi oleh PAN. Persediaan semakin rapi, data cula menunjukkan kecenderungan yang kuat kepada koalisi Melayu-Islam dan keterbukaan pengundi atas pagar yang sudah menyatakan sokongan kepada PAS.

Tambahan pula, kerusi yang diduduki wakil rakyat dari PAN itu merupakan seteru sihat PAS di lapangan demokrasi. Kami Pemuda PAS Perak mengenali PAN lebih dari parti lain. Betapa mereka ishtihar mereka punya strategi ampuh, hakikatnya tidak lari dari kaedah asal. Mereka sekadar duplikasi dari cara kami.

Dari segi calon pula, terpulang kepada pihak Pusat dan Negeri, namun sebagai anak muda, kami telah mempersiapkan Unit Generasi Millenia (18-40 tahun), kami bersedia dengan Ulama’ Muda, Muslimat Muda dan Pemuda itu sendiri. Kita tidak pernah ketandusan pelapis pimpinan masa depan negeri dan negara.

Atas asas-asas begini, Pemuda PAS Perak menyakini kaedah terbaik untuk memastikan lapan kerusi DUN dan Parlimen dimenangi PAN itu beralih kepada koalisi penyatuan ummah yang sentiasa diusahakan oleh PAS di peringkat Pusat, Negeri, Parlimen dan Dun itu sendiri.

Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak