Panas! Pemuda Pas ucap terima kasih kepada Mahfuz bangkitkan isu judi, MP Pas tidak boleh harap

Panas! Pemuda Pas ucap terima kasih kepada Mahfuz bangkitkan isu judi, MP Pas tidak boleh harap

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menegaskan bantahan terhadap pelaksanaan cabutan khas judi, yang ditingkatkan daripada 8 kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula 2021. Bantahan sama pernah disuarakan Dewan Pemuda PAS sebelum ini pada 2 Januari 2021, dan inilah pendirian kita sejak dahulu hingga sekarang, tidak ada sebarang kompromi dalam isu judi.

2. Pemuda PAS menegaskan cabutan khas judi ini bukan jalan penyelesaian terbaik. Judi adalah haram di sisi Islam, selain akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat. Masih ada jalan lain yang boleh digunakan, tanpa perlu menambah kekerapan cabutan ini.

3. Pemuda PAS mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar yang membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat. Teguran tersebut adalah tepat dan amat diperlukan, apatah lagi ianya adalah soal nahi mungkar, semua umat Islam bertanggungjawab bagi menyuarakan perkara tersebut tanpa mengira parti politik.

4. Pemuda PAS juga sekali lagi memohon untuk mengadakan satu pertemuan dengan YB Menteri Kewangan serta Kementerian Kewangan. Kami sedia untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mencari jalan terbaik menambah pendapatan negara untuk tujuan mengekang wabak COVID-19, selain membentangkan solusi bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti judi di dalam negara.

5. Pemuda PAS menuntut pihak Kerajaan supaya lebih bersifat sensitif dan tidak berkompromi dalam isu judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan dan masalah sosial. Pada masa yang sama, pihak kami berbesar hati mengajak pimpinan-pimpinan negara, serta parti-parti lain dalam Pakatan Harapan, Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional untuk bersama-sama membanteras terus segala aktiviti perjudian di Malaysia.

Semoga Malaysia terus maju di tahun 2021 tanpa judi.

YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional