Panas! Pensyarah ini hina pelajar miskin tiada laptop, netizen mengamuk!

Panas! Pensyarah ini hina pelajar miskin tiada laptop, netizen mengamuk!

Hari ini tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang pensyarah yang mengeluarkan kenyataan berbaur ‘hinaan’ kepada seorang pelajar yang tidak mempunyai komputer.

Dalam video tersebut, seorang pelajar Semester 5 di sebuah universiti tempatan difahamkan tidak mempunyai komputer / laptop disebabkan masalah kewangan.

Rata-rata, video ini menimbulkan rasa kurang senang netizen terhadap sikap pensyarah itu yang sepatutnya membantu pelajar tersebut, bahkan ‘menghina’ golongan B40.

Berikut adalah dialog yang dapat didengar dengan jelas daripada video berkenaan:

Prof : Cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif?
Pelajar : 0.07. (bunyi bising)
Prof : Kau pakai apa? Kau pakai phone ek?
Pelajar : Ya prof.
Prof : Mana kau punya komputer?
Pelajar : Aaaa.. Saya tak ada komputer prof.
Prof : Engkau tinggal kat mana?
Pelajar : Seremban.
Prof : Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?
Pelajar : Tak kerja prof.
Prof : Mak kau kerja apa?
Pelajar : Tak ada dah Prof.
Prof : Mak kau dah tak ada, bapak kau dah tak kerja.
Pelajar : Ya prof.
Prof : Kau tak ada adik beradik?
Pelajar : Ada prof.
Prof : Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual kat gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu, kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer.
Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell. Pasal tu kau akan menjadi drop out student.
Semester 5 kau tak ada komputer. Aku aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 je pakaian, the most important is the computer is very very important for me.
Hanya 800 sahaja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran.
Ok kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku taknak tengok lagi dah.

Rujuk video di bawah:

 

Komen Netizen

Video ini mencetuskan pelbagai reaksi oleh pengguna di media sosial.

Tentunya ia mengundang kemarahan, bahkan ramai yang ingin membantunya membeli sebuah komputer.

Berikut dikongsikan sebahagian komen netizen berkaitan isu ini:

Walaupun ramai yang marah, kecewa dan rasa terhina dengan kata-kata pensyarah itu, namun ada juga yang mendakwa pelajar sepatutnya boleh berjimat dan menggunakan wang PTPTN untuk membeli komputer @ laptop kerana ia adalah amat penting untuk kegunaan di universiti.

Menurut seorang pengguna pula, pelajar ini juga dikatakan sudahpun tamat pengajian.

Tujuan dan bagaimana video itu tersebar juga tidak diketahui.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak universiti mahupun pensyarah berkenaan tentang isu ini.