Panas! Pesta arak Oktoberfest tetap disambut di saat negara dilanda pandemik?

Panas! Pesta arak Oktoberfest tetap disambut di saat negara dilanda pandemik?

Rasa macam dah tak terkira dah isu-isu yang menjadi bahan serangan PAS terhadap PH dahulu. Hari ni bila PAS sendiri menjadi sebahagian daripada kerajaan, tak ada apa pun yang PAS buat untuk halang atau tanganinya.

Daripada isu judi, isu Adib, isu pemandu mabuk, dan kali ini menjelang bulan Oktober, isu Octoberfest pula bakal menjadi ‘ludah’ yang kembali mengena muka walaun dan pemimpin PAS.

Jangan pernah lupa, dek kerana Octoberfest lah Amanah dituduh macam-macam dan seolah kerajaan PH pulak yang menganjurkan Octoberfest.

Walhal tahun ini, dalam keadaan pandemik dan PH tidak ada kuasa, bahkan kerajaan pula kononnya dikuasai majoriti Melayu Isley, mengapa Octoberfest ini masih disambut?

Masih nak kata PAS tak berkuasa penuh? Dah ke mana hilangnya kuasa ‘King Maker’ yang dibangga tu?

Akal yang ada tu diguna untuk berfikir, bukan dipajak!

MUHAMAD FADZIL
Peguam