Panas! Portal pro Umno tempelak Zahid, tak sedar diri parti dah tak kuat

Panas! Portal pro Umno tempelak Zahid, tak sedar diri parti dah tak kuat

 

Komited dengan kemetot adalah dia perkara yang berbeza.

Komited ini bermaksud sangat kuat iltizam dan tekadnya serta bersungguh-sungguh menjayakan sesuatu usaha.

Kemetod ini pula bahasa slanga bermaksud kecil.

Itulah UMNO sejak kalah pilihan raya lalu parti itu masih pening. Parti terbesar orang Melayu itu masih merasakan ia sebuah parti yang besar, sedangkan hakikatnya dia sudah jadi parti kemetot.

UMNO atau sesetengah pemimpin UMNO berpendirian parti itu perlu jadi dominan dan menguasai kerajaan, barulah negara ini akan stabil.

Sedangkan rakyat pula berpendirian berbeza bahawa UMNO atau sesetengah pemimpin UMNO yang sering mengganggu keharmonian politik itulah punca politik di negara ini sering bergolak.

Hinggakan rakan kongsi UMNO terutama Bersatu dan Pas sudah bosan dengan sikap para pemimpin yang sering membuat kacau ini.

Lihatlah Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyanggah kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan sebarang bentuk kerjasama dengan parti selain komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita tahulah dulu UMNO kuat, tetapi secara realiti semasa tidak boleh rasa begitu lagi kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak ada satu parti pun yang boleh monopoli, menang bersendirian,” katanya, lapor Suara Merdeka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO itu bahawa parti berkenaan sudah kuat dan akan bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika diadakan.

Ketika kerajaan Perikatan Nasional berjalan dengan lancar, UMNO pula sering menjadi gunting dalam lipatan.

Bayangkan jika Barisan Nasional bertembung dengan Perikatan Nasional di Melaka. Apa nak jadi?

Perkara itu walaupun dapat dielakkan dengan duduk semeja dan berunding, tetapi Zahid memilih berkonfrantasi.

Beliau sering membuat kenyataan kontroversi sebelum keputusan dibuat oleh parti.

Jika Zahid dan para penyokongnya masih diulit mimpi indah bahawa UMNO masih kuat, beliau akan dimandi dan dikafankan di Melaka.

Liang lahadnya juga sudah digali oleh beliau dan para penyokongnya sendiri.