Panas! Puteri Umno ingatkan rakyat pilih biru ori, bukan biru copy

Panas! Puteri Umno ingatkan rakyat pilih biru ori, bukan biru copy

 

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan yang terbaik dalam manifesto akujanji Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, rakyat Melaka perlu memilih BN demi kestabilan dan manfaat pengundi di negeri berkenaan dalam PRN tersebut.

“Pastinya BN akan berikan yang terbaik, dalam manifesto akujanji tidak lama lagi.

“Demi kestabilan, demi Rakyat Melaka! Pastikan 20 Nov nanti pilih BN, pilih Biru yang Ori bukan Biru Copy!,” tulisnya dalam Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional bagi PRN Melaka yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi dianjurkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam pematuhan SOP, suasana tetap meriah dan penuh semangat dengan kehadiran jentera serta penyokong BN khususnya daripada Melaka,” katanya, seperti dilapor Malaysiapost.

Malam tadi, BN melancarkan jentera PRN Melaka di WTCKL memandangkan majlis itu tidak dapat dilakukan di Melaka kerana SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan mengemukakan calon baharu dan muda bertanding pada PRN itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN juga tidak mengetepikan calon lama jika mereka berkebolehan dan diterima masyarakat setempat.