Panas! Syed Saddiq tempelak Pas salahkan drama Korea, first time dengar

Panas! Syed Saddiq tempelak Pas salahkan drama Korea, first time dengar

 

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman membidas seorang senator PAS kerana menyalahkan pengaruh drama Korea (K Drama) dengan peningkatan kes bunuh diri di Malaysia.

Syed Saddiq mempersoalkan kenyataan Senator Mohamad Apandi Mohamad di Dewan Negara semalam yang mengaitkan bunuh diri dengan K Drama, bukan tekanan serta kos sara hidup.

“First time (pertama kali) saya dengar cubaan salahkan K Drama dalam isu bunuh diri. Bukan tekanan, gaji rendah, kos sara hidup. Tapi K Drama??

“Filem ni cerminan masyarakat. Ada babak bunuh diri, kita belajarlah dari situ.

“Takkanlah berhenti tengok Hometown Cha Cha Cha, hilang semua masalah??,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya semalam, lapor Malaysiapost.

Syed Saddiq turut berkongsi video Mohamad Apandi mengeluarkan kenyataan demikian dalam sidang Dewan Negara.

Antara lain Mohamad Apandi berkata drama Korea memaparkan contoh yang tidak baik serta dibimbangi membawa pengaruh buruk kerana banyak memaparkan kejadian bunuh diri.