Panas! Umno sifatkan Bersatu tak mahu menang di Melaka, hanya nak lemahkan Umno

Panas! Umno sifatkan Bersatu tak mahu menang di Melaka, hanya nak lemahkan Umno

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii mendakwa Bersatu tidak mahu menang dalam pilihan raya negeri Melaka(PRN Melaka).

Sebaliknya, Bersatu hanya mahu melihat UMNO dilemahkan di negeri bersejarah itu.

“…mereka mahu melihat UMNO dilemahkan di Melaka, mereka sudah meletakan asas kerusi yang tidak akan diterima oleh BN di Melaka,”katanya di facebook.

Dakwanya lagi, tindakan Bersatu yang mahu bertanding lapan kerusi termasuk di kubu UMNO iaitu Masjid Tanah dan Jasin adalah tidak masuk akal.

Katanya, stretegik ini memang sengaja dibuat kerana mereka tahu, ini adalah permintaan tidak masuk akal dan akan ditolak oleh UMNO.

“Lakonan baik Bersatu ini ternyata sudah berjaya menggamit PAS untuk bertanding menggunakan logo PN,” katanya.

Baginya perancangan Bersatu untuk mengantikan UMNO tidak pernah luput dalam antara perancangan utama mereka.

“..mereka tidak khawatir dan fokus kepada kerja mereka, tujuan mereka menggantikan UMNO bukan untuk PRN Melaka, tujuan mereka untuk menggantikan UMNO semasa PRU15 nanti,” katanya dipetik Sumberkini.

Tegasnya, UMNO tidak pernah menolak penyatuan. Tetapi ada sempadan untuk memelihara kesucian parti.

“UMNO hanya mahu memberikan yang terbaik kepada Rakyat tanpa ada pengaruh pihak lain untuk melemahkan parti UMNO, tidak akan wujud kestabilan politik sekira Negeri Melaka ditakbir dengan formula kuasa separuh-separuh,”katanya.

Beliau juga memberi peringatan agar jangan diulangi apa yang pernah berlaku di Sabah.

Untuk rekod, di Sabah UMNO berkompromi hingga memberikan jawatan Ketu Menteri kepada Bersatu. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi parti.

Kerjasama antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional dilihat tergugat apabila PAS memilih menggunakan logo Perikatan Nasional dalam PRN Melaka 20 November ini.