Panas! Urus jenazah pun makan rasuah, apa nak jadi Malaysia ni?

Panas! Urus jenazah pun makan rasuah, apa nak jadi Malaysia ni?

 

Parah sudah rasuah di negara kita ini. Terlalu parah dan membarah. Hinggakan pengurusan jenazah pun perlukan rasuah.

Yang meminta dan menghulur rasuah itu tak sedarkah bahawa satu hari nanti dia sendiri akan menjadi jenazah? Bagaimana jika jenazahnya terbiar di jalanan umpama bangkai anjing dilanggar lori di lebuhraya?! Ketika itu mampukah dia merasuah orang untuk mengalih bangkainya, maaf, jenazahnya???

Rasuah. Sudah saya katakan kelmarin. Kita akan mengambil mudah selagi mana natijahnya tidak jatuh menghempap di atas kepala kita.

Ah, apa yang nak dipelikkan. Ketika Penguasanya sendiri yang diterajui Melayu-Islam, mendendangkan melodi perpaduan bangsa dan agama, masih riang girang bergelumang dengan rasuah atas nama ‘scheme of things’, dikuduskan pula oleh sang agamawan.

Aku ingin saja berlepas diri dan berdiam diri. Tapi bagaimana harus aku begitu, kerana anak-anakku harus melangsungkan hidup di tanah ini, keluargaku, saudaraku, sahabatku, muridku, kenalanku, yang semuanya baik-baik harus terus hidup aman dan damai tanpa pemerkosaan oleh sang perasuah celaka.

Rasuah. Babi yang disolekkan. Teruskanlah meratahnya…

Selamat malam.

#shmkritiksosial

-Sahul HM-