Panas! Viral di TikTok lagu Upin Ipin versi ‘merosakkan’

Panas! Viral di TikTok lagu Upin Ipin versi ‘merosakkan’

Sudah menjadi fitrah dan naluri semula jadi bagi golongan kanak-kanak untuk mengikuti serta meniru apa sahaja yang pernah mereka lihat atau dengar tanpa menyedari kesan baik dan buruknya.

Arus perkembangan teknologi menyaksikan golongan kanak-kanak turut mudah dipengaruhi oleh pelbagai jenis bentuk hiburan tidak berfaedah serta melalaikan di media sosial.

Seorang guru melalui satu hantaran di Facebooknya, Nur Hidayatie telah berkongsi satu pengalaman yang memeranjatkan apabila anak-anak muridnya didapati menyanyikan sebuah lagu yang diolah dengan lirik yang agak kurang sopan mengikut adat-adat ketimuran.

Lagu yang memuatkan karakter dari siri animasi Upin & Ipin tersebut bukan sahaja menyindir penampilan seseorang malah mempersenda serta tidak menghormati golongan yang lebih tua.

Ikuti bagaimana Cikgu Nur Hidayatie menggunakan ‘correct and positive worldview’ untuk menasihati anak-anak muridnya dan beberapa respon yang turut dikongsikan oleh netizen di ruangan komen.

Upin & Ipin

Kelas darjah 4, kedengaran pelajar-pelajar lelaki menyanyi lagu secara santai. Tapi liriknya mengganggu fikiran.

“Upin dan Ipin kecik tak besar-besar,

Kak Ros dah.. (tak ingat) tak kahwin-kahwin,

Opah dah tua tak mati-mati. (😮😫)

Dua budak botaak..”

Mereka menyanyi sambil siapkan projek, gunting-gunting kotak. Kedengaran santai gitu.. Nampak macam tiada masalah je kan. Ala santai-santai je.

Seorang pelajar lelaki datang kepada saya, S: Teacher tau tak lagu tu?

T: Tak tau. Kamu dengar dari mana.

S: Ada kat TikTok budak tu.

Di sekolah kami yang menggunakan kaedah khalifah, untuk menghentikan perbuatan salah atau menggalakkan perbuatan baik, setiap larangan atau galakan.. cikgu-cikgu perlu sertai dengan ‘the why behind’.. Supaya pelajar-pelajar faham, dan kemudian pelajar sendiri pilih untuk dihentikan atau teruskan perbuatan tersebut.

Bukan sekadar larang tanpa alasan.. Dan kemudian ada kemungkinan mereka akan ulang perbuatan tersebut di lain masa.

Jadi.. Saya berjeda seketika..

Untuk mencari ilham ‘correct and positive worldview’ yang perlu diterapkan kepada mereka.

T: “Class.. Lagu yang kamu nyanyikan tu, liriknya tidak baik. Yang pertama, ada ‘body shaming’.. It’s not good to make fun of other people’s appearance.  Like saying ‘budak botakk’.

Yang kedua.. It’s not okay to make fun of perempuan yang dah meningkat umur tapi tak kahwin lagi. Jodoh, takdir urusan Allah. Kamu akan menyakiti mereka.

Yang ketiga.. Ajal di tangan Tuhan. Kalau ada orang yang dah berusia dan belum sampai ajal untuk mati, itu kuasa Allah.”

Pelajar-pelajar terdiam dan muka nampak sangat bersalah. May Allah guide you and protect all of you dear students.❤

——

Beberapa orang netizen memberikan respon berikut di ruangan komen:

“MasyaAllah tq teacher..saya pun dah tegur anak tapi tak tau nak bagi alasan apa. Anak tanya kenapa tak elok, terus saya blank. Tq teacher kongsi idea” – Aliaa Zakiyuddin

“Betul..Geram je anak-anak dah mula menyanyi..😔😔” – Fika Nora

“Budak Darjah 4 kat rumah ni penah tunjuk video klip lagu ni. Saya tegur part mati tu.” – Zura Khir

“Lagu ni anak saya ternyanyi 4-5 tahun lepas dah. Memang saya terus marah dan mereka tak nyanyi dah. Kemudian tetiba viral pula.. mak ayah pun kalau dengar tak sedap di telinga jangan biar..cantas cepat-cepat” – Nurul Zakiah Zamri Tan

“Anak saya Darjah 2 cakap kawan-kawan dalam kelas ramai yang nyanyi lagu ni. Dengar tak sedap je, tak manis. Explain dekat dia kalau atuk-nenek dengar mesti sedih, dia orang dah tua. Lagi satu, kematian ni bukan orang tua je kan 😌” – AziLa Ghani

Upin & Ipin

Facebook Nur Hidayatie