Panas! Zuhdi mengaku kejar jawatan Naib Presiden Pas, akan lawan menteri agama

Panas! Zuhdi mengaku kejar jawatan Naib Presiden Pas, akan lawan menteri agama

 

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar PAS kali ke-67.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kedua-dua pemimpin terbabit mempertahankan jawatan itu bagi sesi 2021-2023.

Namun bagi jawatan Naib Presiden katanya, ia menyaksikan empat pencalonan termasuk seorang muka baharu bagi merebut tiga jawatan berkenaan.

Katanya penyandang jawatan tersebut iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

“Manakala Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden.

“Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini dicalonkan bagi bertanding sebagai Naib Presiden menarik diri daripada merebut jawatan itu,” katanya pada sidang media di Duyong Resort hari ini, menurut laporan Harakah Daily.

Turut serta Pengarah Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67, Dr Alias Razak.

Selain itu kata beliau 36 calon menawarkan diri bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Takiyuddin juga berkata Muktamar Tahunan ke-67 itu akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Kuala Terengganu secara hibrid.