Parti MUDA pertahan iklan tuala wanita yang dianggap lucah
Tiada kesalahan dengan meletakkan infografik gambar berbentuk bunga pada pek tuala wanita.
Muda Johor berpendapat bahawa tindakan satu iklan tuala wanita yang sedang viral ketika ini tiada kesalahan dari segi infografik. Gambar bunga pada bungkusan itu diambil dari bentuk bunga yang memang sinonim dengan wanita.
“With the vulva as the heart of the floral embroidery, we created a symbolism of true feminity to inspire women to love their V-zone.” – ini adalah kempen daripada pihak tuala sanitasi wanita untuk wanita.
Kempen tersebut perlu disambut baik oleh segenap masyarakat memandangkan tanpa sedar negara kita juga sedang mengalami “kemiskinan haid”. Ketidakmampuan untuk membeli tuala wanita atau “kemiskinan haid” mula disedari sebagai salah satu masalah yang melanda miskin bandar.
Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila individu perempuan atau keluarga tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan. Perkara ini mula mendapat perhatian beberapa pihak di Malaysia, terutama NGO dan aktivis masyarakat.
Tidak dinafikan ia nampak mudah tetapi realitinya ada yang tidak mampu untuk mendapatkan tuala wanita disebabkan kurang berkemampuan. Berdasarkan pemerhatian daripada program yang selalu dijalankan, sebelum ini tiada permintaan mendadak terhadap kit kebersihan oleh orang ramai di kawasan-kawasan bandar seperti di program perumahan rakyat (PPR).
Tetapi ia mula berubah selepas PKP tahun lalu dengan ramai pihak memohon bantuan produk sanitasi untuk golongan wanita di tempat tinggal masing-masing. Ini bermaksud, benda asas untuk kebersihan diri pun mereka tidak mampu untuk biayai.
Noraziah Mohd Razit
Jawatankuasa Eksekutif Parti Muda Negeri Johor