Pas hanya menghitung hari, pengaruh semakin pudar di Kelantan, kata Ku Li

Pas hanya menghitung hari, pengaruh semakin pudar di Kelantan, kata Ku Li

 

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah percaya bahawa PAS hanya menghitung hari di Kelantan akibat rekod prestasinya yang buruk dalam mentadbir negeri itu selama lebih 30 tahun.

Beliau berkata, PAS telah memerintah sejak 1990, tetapi tidak banyak yang berjaya diusahakannya, hatta dalam menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih.

“Tiada pembangunan. Jika bukan kerana negeri itu anggota persekutuan (Malaysia), ramai rakyat di Kelantan akan menganggur. Kini, rakyatnya keluar dari negeri itu dan datang bekerja di sini (di Kuala Lumpur),” katanya dalam wawancara dengan FMT.

“Jadi setiap kali musim raya atau cuti sekolah, anda akan lihat jalan sesak sehingga ke Kota Bharu disebabkan rakyatnya pulang dari KL dan tempat lain.

“Jadi setiap kali musim raya atau cuti sekolah, anda akan lihat jalan sesak sehingga ke Kota Bharu disebabkan rakyatnya pulang dari KL dan tempat lain.

“Saya rasa PAS hanya menghitung hari sahaja di Kelantan. Jika rakyat sedar dan tidak terpengaruh dengan rayuan parti itu, maka mereka boleh lihat masa depan lebih baik.”

Ketika ditanya mengapa PAS berjaya mengekalkan kuasa di negeri itu selama ini, beliau berkata, ia mungkin disebabkan oleh nilai konservatif pengundi di sana yang berasa “selamat dengan PAS walaupun mereka tidak buat apa-apa”.